Berita

Nikmatnya bersama Jawatan Kuasa Masjid Tanah Merah dan Tabung Cakna Ummah yg bertandang dan menaja makan tengahari penghuni Rumah Putera Puteri Harapan di YAATIM. Silaturrahim dan keakraban antara dua institusi kerakyatan ini moga terus kekal dan berbakti. Kami dedikasikan penghargaan dan syukran lakum kepada Al Fadhil Tuan Imam Us Ilias, Us. Hassan Awang, Tn Hj Ishak dan para rombongan yang turut memaknai ziarah mahabbah ini.

Terima kasih daun keladi moga kita bertemu lagi dan lagi.

Ambilan pelajar-pelajar baharu bagi tahun 2021 telah dibuka.  Pengambilan secara berperingkat akan diadakan bermula pertengahan Februari 2021.  Kami menyeru kepada semua ibu/bapa dan penjaga atau mana-mana individu yang mengenali golongan-golongan sasaran untuk merebut peluang ini.

Borang boleh didapati dengan cara menghantar email atau datang ke pejabat kami seperti alamat ini

Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim

No. 1 Taman Sabariah, Jalan Pengkalan Chepa

15400 Kota Bharu, Kelantan.

 

Mari membina kejayaan bersama kami di YAATIM

BENGKEL ASAS ADOBE PHOTOSHOP UNIT MULTIMEDIA

Seramai 7 orang Kakitangan YAATIM didedahkan secara langsung dalam pengunaan Aplikasi Adobe Photoshop. Berlangsung selama sehari di Dewan Arafah pada 6 Feb, 2017.

Sumbangan Sekali

Derma