12 Januari, 2022 : PROGRAM "OUT-REACH" YAATIM dengan kerjasama KSU (ABIM Kelantan)
Program ini diteruskan lagi untuk menyantuni anak-anak yatim dan asnaf di sekitar Kelantan. Alhamdullilah dengan kerjasama KSU (Kluster Sejahtera Ummah, ABIM) kami dapat menjejaki asnaf dan anak-anak yatim ini.
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim/asnaf untuk tinggal di asrama Putera/Puteri Harapan dan mendapatkan pendidikan akademik mahupun kerohanian yang sempurna kepada mereka. Selaras dengan misi dan visi kami di YAATIM.
Kalau bukan kita, siapa lagi yang boleh membantu mereka diluar sana?
"MASYARAKAT CAKNA ANAK YATIM TERBELA"

