Lawatan Proses Pentauliahan Program Melalui Kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Di Bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Alhamdulillah, Lawatan Proses Pentauliahan Program Melalui Kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Di Bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan -Laman Rasmi pada 12 Disember baru-baru ini telah berjalan dengan lancar.
Pihak YAATIM menerima kunjungan istimewa daripada Encik Muzamal Bin Zakaria (Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Kedah), Puan Siti Hajar Binti Mohd Noor & Puan Zanarita Binti Abd Ghani (Pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan tiga pegawai daripada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.
Lawatan Pentauliahan ini dimulakan dengan perbentangan oleh Tuan Haji Mukhtar Bin Haji Ismail selaku Ketua Eksekutif YAATIM berkenaan Projek - projek pertanian yang sedang dijalankan di YAATIM dan diakhiri dengan lawatan serta tinjaun ke tapak pertanian YAATIM.
Alhamdulillah kesemua yang hadir sangat berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan dan pentauliahan juga telah diberikan kepada YAATIM pada hari yang sama.
Lawatan ini sangat bermakna dalam membantu menjana pendapatan dan memajukan ekonomi YAATIM. Semoga peluang diberikan ini menjadikan YAATIM sebuah institusi NGO yang berdaya saing dan melahirkan perantis pertanian yang berkemahiran.


