PENGENALAN
Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan Kelantan (YAATIM) ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membela anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin di negeri Kelantan. YAATIM telah berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258]. YAATIM juga berdaftar Dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) di bawah Seksyen 10 Akta Pusat Jagaan 1993.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Memberi perlindungan dan pembelaan kepada anak-anak yang tiada tempat pergantungan hidup.
- Membimbing mereka ke arah pencapaian kecemerlangan akademik dan akhlak yang baik.
- Membimbing ke arah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran untuk hidup secara berdikari.
- Merancang supaya usaha-usaha untuk kemenjadian pelajar dapat dijalankan secara yang berkesan dan berterusan.
VISI & MISI YAATIM
-
- Menyediakan Penginapan Yang Selamat Dan Selesa, Makan Minum, Pakaian Serta Lain-Lain Keperluan Kepada Anak-Anak Yatim Dan Pelajar Asnaf.
- Memberi Penekanan Kepada Bimbingan Ibadah Secara Praktikal Dan Kemahiran Al-Quran Kepada Anak-Anak Yatim Dan Pelajar Asnaf Supaya Mempunyai Peribadi Yang Mulia Dan Ke Arah Menjadi Anak Yang Soleh.
- Memberi Pendidikan Yang Terbaik Kepada Anak-Anak Yatim Dan Pelajar Asnaf Dari Segi Akademik, Keagamaan Dan Sahsiah Serta Menyediakan Peralatan Pendidikan Yang Terkini Termasuk Penggunaan Teknologi Maklumat (It) Bagi Melahirkan Generasi Yang Cemerlang.
- Memberi Perlindungan, Kasih Sayang, Asuhan Dan Bimbingan Serta Adil Dalam Menyantuni Anak Yatim Dan Pelajar Asnaf.
- Melengkapkan Diri Anak-Anak Yatim Dan Pelajar Asnaf Dengan Kemahiran-Kemahiran Tertentu Supaya Mereka Dapat Hidup Secara Berdikari.
- Menjalankan Usaha-Usaha Yang Berterusan Dan Terancang Bagi Memperkemaskan Pentadbiran, Mengukuhkan Sumber Kewangan Dan Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti.
- Membuat Kajian, Penilaian Dan Penambahbaikan Serta Inovasi Dalam Membentuk Kemenjadian Anak Yatim Dan Pelajar Asnaf.
- Membuat Research And Development (R&D) Secara Berterusan Dalam Semua Aspek Dan Menjalinkan Kerjasama Dengan Mana-Mana Pihak Yang Mempunyai Matlamat Yang Sama Supaya Yaatim Dapat Diurus Dengan Cekap Dan Berkesan.
-
"Organisasi Kebajikan Yang Cemerlang Dalam Membela Dan
Membangun Anak Yatim Menjadi Insan Al-Falah"
PEMEGANG AMANAH
Fungsi :
5 AKTIVITI YAATIM
MENGELOLAKAN RUMAH ANAK YATIM PUTERI DAN PUTERA
Rumah Anak Yatim Puteri mula beroperasi pada 17 November 1995 dengan menempatkan anak yatim dan pelajar asnaf perempuan. Rumah Anak Yatim Putera pula mula beroperasi pada tahun 2006 untuk menempatkan anak yatim dan pelajar asnaf lelaki. Pelajarpelajar yang tinggal di kedua-dua asrama ini belajar di sekolah-sekolah kerajaan yang berdekatan dan disediakan pelbagai program bimbingan pelajaran, motivasi, latihan kemahiran, amalan ibadah dan lain-lain program pendidikan.
PROGRAM BUDI PENYAYANG
Adalah satu usaha untuk melibatkan orang ramai dalam program membantu dan membela anak yatim dan pelajar asnaf dengan memberi pelbagai bantuan dan sumbangan yang diperlukan. Marilah kita berbudi kepada anak yatim dan pelajar asnaf dengan penuh kasih sayang sebagai memenuhi tuntutan keagamaan dan melaksanakan tanggungjawab sosial kita bersama.
PROGRAM CAKNAKAN ANAK YATIM DAN PELAJAR ASNAF
Adalah satu inisiatif untuk membantu anak yatim dan pelajar asnaf yang tinggal bersama keluarga/penjaga masing-masing dalam bentuk bantuan kebajikan, keperluan pendidikan dan bantuan bakul makanan.
PROGRAM YAATIM PRIHATIN (YAATIM CARES)
Adalah program bantuan kebajikan untuk anak-anak yatim dan pelajar asnaf serta lain-lain golongan dhaif yang terlibat dengan bencana seperti banjir, kemalangan, kebakaran, wabak penyakit dan lain-lain kesusahan.
PROGRAM UBAH PRESTASI ANAK YATIM (PROGRAM UPAYA)
Adalah satu inisiatif untuk meningkatkan prestasi pendidikan anakanak yatim dan pelajar asnaf di negeri Kelantan.