Majlis Tazkirah & Zikir Bulanan (Nov 2023)
Majlis Tazkirah & Zikir Bulanan yang diadakan pada tarikh ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat, YB. SF. Dato’ Haji Nik Abdul Kadir selakuTimbalan Mufti Negeri Kelantan dan Encik Kamarul Mohd Amin selaku Penyelaras Program Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Kelantan.
Majlis tazkirah ini dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama adalah Bicara Santai, Fiqh Pengurusan Media Sosial yang disampaikan oleh Encik Kamarul Mohd Amin. Intipati yang didapati dari slot ini adalah cara untuk mengurus dan melakukan aktiviti di media sosial dengan baik selari dengan syariat Islam.
Slot kedua pula adalah ceramah bertajuk Membina Kerohanian Pelajar Dalam Menghadapi Pelbagai Cabaran yang disampaikan oleh YB. SF. Dato’ Haji Nik Abdul Kadir. Banyak input dan ilmu yang diberikan. Diantara slot ceramah diisi dengan solat berjemaah dan zikir.
Terima kasih diucapkan kepada YB. SF. Dato’ Haji Nik Abdul Kadir selakuTimbalan Mufti Negeri Kelantan dan Encik Kamarul Mohd Amin selaku Penyelaras Program Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Kelantan atas kesudian hadir ke YAATIM sekaligus berkongsi ilmu bersama pihak kami.


