Program Caknakan Anak Yatim & Pelajar Asnaf Jan 2024
Program turun padang @ reach out pada kali ini, pihak kami telah membuat lawatan ke rumah pelajar yatim & asnaf yang memohon untuk masuk ke asrama kelolaan YAATIM.
Lawatan kali ini melibatkan tiga lokasi iaitu di kawasan Gunong & Kg Sungai Dua, Bachok serta Kg Menanti, Pasir Puteh, Kelantan. Pihak kami juga berkesempatan menyalurkan sumbangan kewangan dan barangan dapur kepada keluarga tersebut.
Sumbangan yang diberikan adalah hasil daripada derma orang ramai yang sangat bermurah hati. Semoga para penderma dikurniakan kesihatan yang baik, diberi kelapangan hati dan dipermudahkan segala urusan.


