Program Rakan Bumi : 3R @ Community Peringkat Negeri Kelantan 2023
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan untuk anjuran Program Rakan Bumi : 3R @ Community Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan -Laman Rasmi
Sempena program ini, sebuah pertandingan kreatif mencipta miniatur menggunakan bahan kitar semula telah diadakan. Para pelajar YAATIM dibahagikan secara berkumpulan mengikut dorm masing-masing.
Kreativiti pelajar banyak dicungkil menerusi pertandingan ini. Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti, ketepatan masa dan kerjasama antara ahli kumpulan. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh wakil Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan


