Skip to main content

Sumbangan Keperluan Makanan & Barangan Peribadi Pelajar

🗓️10 Disember 2023 (Ahad) bersamaan 26 JamadilAwal 1445H
📌 Program : Sumbangan Keperluan Makanan & Barangan Peribadi Pelajar
📌 Anjuran : Kedutaan Thailand
📍Dewan Arafah, Rumah Anak Yatim Puteri
 
Pada tarikh istimewa ini, pihak Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan -Laman Rasmi telah menerima kunjungan daripada Kedutaan Thailand bersempena dengan Hari Nasional Thailand yang jatuh pada 5 Disember setiap tahun.
 
Rombongan tersebut diketuai oleh Duta Thailand sendiri. Lawatan ini adalah bertujuan memberi sumbangan berupa barangan keperluan kepada YAATIM. Barangan keperluan yang disumbangkan adalah barangan makanan dan barangan keperluan diri harian.
 
Dikesempatan itu juga, pihak YAATIM dan pihak Kedutaan Thailand saling berkongsi maklumat berkaitan organisasi masing-masing.
 
Diharapkan lawatan muhibbah ini membuka peluang kepada YAATIM untuk membina rangkaian komunikasi dalam usaha membantu YAATIM untuk lebih maju.